Saturday, July 30, 2016

Preggy house officer :)

Assalamualaikum wbt
Peace be upon you :)

Lamanyaaaa tak jenguk blog ni. *ish ish ish* Bukan sebab dah tawar hati, tapi sebenarnya masa yang mencemburui. In my previous entry, konon-konon nak cerita pasal honeymoon trip? Tapi yang ada hanyalah debu. *hurmmmmm* Bukan sebab diri ini dah malas, tapi sebenarnya banyak tanggungjawab yang perlu digalas.  >.< 

But after all, Alhamdulillah for everything that came into my life from the beginning up until now. Graduated from med school on Jun last year, tied the knot with my love on August, got pregnant 3 months after that, and finally received a job placement in Hospital Tawau, Sabah few months later. How beautiful the story Allah wrote for me. Alhamdulillah :')

Ramai yang cakap, 

"Wahhh dah nak jadi mummy. Untungnya muda-muda lagi dah ada anak"

Tak kurang juga yang cakap, 

"Ehhh mengandung dah?" 

"Planned or unplanned?"

"Alahaii macam manalah nak kerja nanti? Doktor kan busy"

"Lari sana sini, Makan pun tak sempat. Kenapalahhh tak merancang?"

But heyyy. Mereka lupa agaknya, yang sebaik-baik perancang itu adalah Allah. Sungguh, rahsia di setiap kejadian dan peraturan Allah itu sangat indah. Jadi, bersangka baik itu lebih manis. 

Siapa sangka, Allah permudahkan setiap satu urusan saya sebagai seorang 'house officer'. Bawak perut membulat dan makin memberat ke sana sini, turun naik tangga, jalan sana sini. Tipulah kalau saya kata tak pernah kena marah, tak pernah menangis. Pernah. Banyak kali. Tapi, di sebalik semua itu, sebenarnya tanpa saya sedar, banyak urusan kerja saya dipermudahkan. Punyai rakan sekerja yang sangat baik dan memahami, boss yang sangat prihatin, staff nurses yang dah macam mak sendiri. Bawakkan makanan untuk saya, usap-usap baby bump, bagi tips itu ini. 

Dikurniakan pula suami yang tip top, terbaik. Bila tahu isteri dia dah tak boleh nak aktif buat kerja rumah macam dulu, dah semakin sarat ni, hampir semua kerja rumah dia yang buat. Balik dari oncall, penat-penat pun dia basuh baju, iron baju, lipat baju, kemas bilik, vacuum and mop lantai,. Kadang-kadang tu siap masak untuk isteri dia lagi. Haaa mana nak cari? Mungkin ramai yang dikurniakan suami sebegitu, dan Alhamdulillah saya sangat bertuah kerana saya salah seorang daripadanya.

*Wahai suami, kalau baca ni, jangan menangis terharu pulak ye hehe I love you



Suami saya sekarang ni bertugas di department obstetric & gynaecology (bersalin & sakit puan). Allah dah susun elok di situ, supaya suami saya sendiri boleh sambut anaknya nanti. Cantik kan peraturan Allah?

Pernah suatu ketika, suami saya cakap

"Biarlah abang yang susah dulu posting kat O&G ni, asalkan sayang dan anak kita senang nanti"

*only doctors know how hard O&G is

Pernah juga suatu malam, suami saya tiba-tiba terjaga dari tidur dengan muka risau,

"Sayang dah bersalin dah ke?" 
*Blurrrr* 
Padahal isteri dia tengah tidur kat sebelah, lena dibuai mimpi hehehe =.=

Penat kerja ditambah pula dengan isteri yang perut memboyot, terfikir-fikir sampai terbawa ke dalam mimpi hehehe

*Jangan marah ye suami hehe I love you*

Funny it is. But that's how the sugar and spice of our life is. :')

ps : To my little junior inside my tummy, thank you for being so strong and cooperative through out these sweet 38 weeks, putting up with mummy's job as a junior doctor. Tiada siapa kata semua ni mudah, tapi InsyaAllah we will make it through together till the end. :)

pps: My maternity leave just started yesterday (2 weeks earlier than my due date) So, let's rest, fulfill all the nesting instincts and wait for the baby to come. Please pray for me and my baby ok?

 *berdebar tapi tak sabar* :')


Love,
Cahaya termasyhur

1

1 comment:

  1. syeera, xtawu kenapa rasa sebak plak bc ni T_T alhamdulillah so hepi 4 u!! syeera doakan tuk atin plak taw, semoga terus kuat harungi ujian LDR ni plus kdg2 ting tong jugak jd wife HO yg bz ni hehehehe

    ReplyDelete